Pempengaruh media sosial, Sam Lim berkongsi pengalaman menghadiri kelas bagi mendalami ilmu agama Islam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sam Lim & Parisa Ardina Bersedekah, Hadiahkan Motosikal Kepada Peniaga Cakoi

Artikel Berkaitan: ‘Tak Baik Kata Saya Tunggang, Kepada Makcik Kalau Tidak Puas Hati Boleh Datang Kedai Ambil Motor’ – Sam Lim

Belajar Islam

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sam dilihat menghadiri kelas agama yang diatur oleh isterinya, Parisa Ardina sebagai usaha untuk mendalami ilmu agama Islam.

Pada hantaran yang sama, Sam turut berkongsi momen mempelajari tatacara menunaikan solat dengan bimbingan seorang ustaz.

Perkongsian tersebut meraih lebih sejuta tontonan dengan ruangan komen dibanjiri kata-kata pujian daripada warganet yang bangga melihat usaha pasangan itu mendalami agama Islam.

Netizen puji

Sekadar info, Sam Lim selamat bergelar suami kepada pelakon baharu dan model, Parisa Ardina yang berlangsung di sebuah masjid pada 10 April.

Sumber: TikTok @Sam Lim