berita

[VIDEO] ‘Sampai 3 Ekor Dia Bunuh…’ – Lelaki Selamba Masukkan Kucing Dalam Mesin Basuh Di Kedai Dobi

July 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai. Kecomelan serta teletahnya yang manja sememangnya mampu mencuit hati sesiapa sahaja terutamanya penggemar haiwan berkenaan.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya selepas viral satu video yang memaparkan seorang lelaki disyaki membunuh 3 ekor kucing dengan memasukkannya ke dalam mesin basuh di kedai dobi.

Masuk kucing dalam mesin basuh

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Afiqah Nur memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku di salah sebuah kedai dobi yang terletak di Kepong.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30an sedang mengangkat seekor demi seekor kucing dan memasukkannya ke dalam mesin basuh tersebut. Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku pada 12 Julai 2020 sekitar jam 5:30 pagi. Ketika kejadian, kawasan dobi tersebut dilihat agak lengang dan tiada seorang pelanggan pun yang berada di situ.

Kejam!

Sementara itu, menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung dengan kejadian tersebut kira-kira jam 9:30 pagi.

Pengadu memaklumkan menemui tiga bangkai kucing dalam tiga mesin basuh berasingan.

Tambahnya lagi, kes ini akan dirujuk kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Shah Alam untuk tindakan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Netizen berang

Sumber: Afiqah Nur, Berita Harian

SKIP THIS AD ×