berita

[VIDEO] Sampai Terloncat Kucing Tahan Sakit Kena Gilis Dengan Kereta!

August 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kecomelan dan sikapnya yang manja mampu mencuit hati orang ramai.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila ada individu didakwa dengan sengaja telah menggilis seekor kucing yang sedang berehat.

Kejamnya!

Kucing sedang berehat mati sengaja dilanggar, pemilik kereta diminta tampil. Satu insiden kejam melanggar kucing sedang berehat hingga mati telah berlaku pada 23 Julai 2020 lepas. Pemandu Kereta dikenal pasti seorang wanita Cina dengan nombor Plat BML8.

Kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta Flat Razak Mansion, Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur pada 12.50 tengah hari dirakam CCTV Tempat Letak Kereta Badan Pengurusan Razak Mansion. Saksi menghubungi Animal Malaysia untuk memaklumkan kejadian untuk disampaikan kepada pihak berkuasa.

Mana-mana saksi lain yang tahu lebih lanjut perbuatan ganas dan kejam ini diminta hubungi Animal Malaysia +601120901097. Berasama banteras kezaliman haiwan!

Menerusi video berdurasi 0:15 saat yang dimuatnaik di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association memperlihatkan seekor kucing sedang berehat dipercayai di kawasan parkir kereta. Ketika sedang berehat, sebuah kereta yang dipandu laju dengan sengaja telah menggilis kucing terbabit.

Jika dilihat daripada rakaman tersebut, kereta itu boleh sahaja mengelak daripada melanggar kucing berkenaan tetapi dia lebih memilih untuk melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Lebih meruntun hati apabila melihat kucing itu melompat sambil menahan kesakitan. Kejadian kejam itu dipercayai berlaku pada 23 Julai 2020 yang lalu.

Respon netizen

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

SKIP THIS AD ×