berita

[VIDEO] Sanggup Drive Dari Johor Ke Shah Alam Untuk Sambut Hari Jadi Rakan Baik 3 Hari Berturut-Turut

November 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Video Popular

Selain daripada keluarga, sahabat baik juga merupakan individu yang penting dan bermakna dalam hidup kita. Pada waktu susah atau senang, sahabat baik boleh jadi peneman untuk kita berkongsi masalah dan saling bertukar pendapat antara satu sama lain. Justeru, tidak peliklah jika seseorang itu sanggup berhabis duit dan masa semata-mata untuk menggembirakan hati rakan baik mereka.

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang remaja membuat pelbagai perkara dan aktiviti bagi menyambut hari kelahiran sahabat baiknya sehingga mengharukan hati rata-rata netizen yang menonton.

Hadiahkan member kasut

Menerusi perkongsian pengguna Twitter poxjaxx ini, dia memberikan kejutan kepada rakan karibnya sempena hari kelahiran lelaki itu pada 11 November lalu.

Apa yang menariknya, dia telah menghadiahkan sepasang kasut berjenama kepada rakannya itu sehingga membuatkan lelaki tersebut terharu dan hampir menangis.

Luang masa 3 hari

Cerita remaja ini, dia telah memandu dari Johor ke Shah Alam bagi meluangkan masa selama 3 hari bersama kawan baiknya.

Apa yang menariknya, dia berkata mereka berdua telah mengenali antara satu sama lain dan bersahabat baik sejak dari usia 5 tahun lagi.

Remaja itu kemudiannya turut membuat thread aktiviti yang dilakukan mereka bersama sempena hari jadi kawan baiknya itu.

Lawan Fifa

Belanja main besbol

Tonton wayang, mandi kolam

Meluangkan masa selama 3 hari bersama-sama, mereka juga turut melakukan aktiviti seperti renang dan mengimbau semula kenangan mereka sewaktu kecil dulu.

19 tahun persahabatan

Lebih mengharukan menurut remaja ini, apa yang dilakukan dirinya terhadap sahabat baiknya itu tidak dapat dibandingkan dengan persahabatan mereka selama 19 tahun.

Netizen terharu

 

Perkongsian remaja ini telah membuatkan netizen terharu dengan persahabatan di antara mereka berdua.

Malah, rata-rata netizen juga turut gembira dengan nilai persahabatan yang ada pada mereka selain turut memuji usaha yang dilakukan remaja itu terhadap rakan baiknya.

Sumber: Twitter poxjaxx

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×