berita

[VIDEO] Sarah Suhairi Berdangdut Di Korea Tarik Tumpuan Netizen, Ramai Puji!

November 4th, 2019 | by Azizi Rahman
Video Popular

Penyanyi yang menempa nama menerusi program realiti Big Stage, Sarah Suhairi memang dikenali dengan hobi serta bakatnya yang sering menyanyikan lagu-lagu berbahasa Korea. Bahkan, pertaruhannya menyanyikan lagu Ddu Ddu Ddu dari kumpulan wanita popular Korea, Blackpink di pentas itu sebelum ini turut menjadi bualan netizen bukan sahaja di Malaysia bahkan di negara tersebut.

Namun kali ini berbeza sedikit kisahnya apabila penyanyi muda itu hangat diperkatakan netizen dengan penampilan beraninya menyanyikan sebuah lagu dangdut di Korea Selatan sehingga menjadi tular di laman media sosial.

Nyanyi lagu Mas Idayu

Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan pengguna Twitter seketulcaca ini, Sarah dilihat menyanyikan lagu dangdut berjudul Senggol Senggolan, Cubit Cubitan nyanyian asal Mas Idayu di hadapan ribuan rakyat Korea Selatan.

Kebolehannya menyanyikan lagu itu menjadi viral dan dipuji rakyat Malaysia kerana Sarah dilihat sangat berani malah berjaya menarik perhatian penonton di situ untuk sama-sama berhibur dan ikut menari bersamanya.

Persembahan Sarah itu sebenarnya adalah salah satu aktiviti yang dilakukannya bagi program bersama YouTuber terkenal, Blimey. Dalam episod terbaru bersama YouTuber itu, Sarah telah diundang membuat persembahan secara langsung di Festival Jagachi yang merupakan antara perayaan terbesar di sana.

Netizen terharu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebolehan yang ada pada penyanyi berusia 19 tahun itu. Malah, mereka juga turut terharu dengan persembahan yang dibuat Sarah kali ini.

Sumber: Twitter seketulcaca, Youtube Blimey

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×