Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan anak perempuannya, Yang Mulia Tunku Sofia Najihah dibuli siber kerana penampilannya.

Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Kini Bergelar Produser – ‘Sebagai Artis Tak Boleh Berlakon Sahaja’

Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Nasihat Janna Nick Jangan Berhenti Berusaha Dapatkan Zuriat – ‘Saya Umur 41 Tahun Melahirkan Anak’

Anak kena ‘body shaming’

@kitakitaajepodcast

Baru 6 tahun… tapi dah jadi mangsa body shaming? Ini bukan sekadar komen. Ini anak kecil yang baru kenal dunia, tapi dah dihukum oleh netizen yang tak berfikir. Kalau ini anak anda… apa perasaan anda? Kita bincang terus-terang. Eksklusif di Kita-Kita Aje Podcast. 📆 Khamis | 10 Julai 2025 ⏰ 8:00 malam Follow & Subscribe Youtube dan Spotify rasmi Kita Kita Aje! Podcast sekarang! KitaKitaAjePodcast SarimahIbrahim PodcastViral

♬ original sound – Kita Kita Aje! Podcast – Kita Kita Aje! Podcast

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sarimah berkata, dia memainkan peranan penting sebagai ibu dengan memberikan kata-kata positif buat anak perempuannya.

Ujarnya, penampilan hanyalah sementara dan bukan pengukur individu tersebut cantik atau sebaliknya.

Sekarang orang dah mula buli dan body shaming anak saya.

Walaupun belum cecah enam tahun lagi umur dia, dah ada komen tentang rambut & dan penampilannya yang bercermin mata.

Jadi, saya yang kena bagi dia kata-kata untuk abaikan kata-kata orang dan you are you.

Sebab mereka (kanak-kanak) akan berubah. Itulah zaman kanak-kanak.

Takkan lah saya nak solek dia dan suruh membesar terlalu cepat. Dia budak, berilah dia jadi budak.

Budak zaman sekarang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyatan pelakon berusia 47 tahun itu yang tidak mempercepatkan zaman kanak-kanak. Selain itu, golongan ibu dilihat berkongsi kisah anak dibuli kerana rupa paras yang dianggap kurang menarik.

Sumber: TikTok @kitakitaajepodcast