berita

[VIDEO] Sasha Abdul Aziz Ajar Suami Mualaf Baca Huruf Jawi Raih Pujian – ‘Masyallah, Ladang Pahala’

February 29th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Sasha Abdul Aziz

Sepotong video memperlihatkan usahawan dan pempengaruh, Sasha Abdul Aziz sedang mengajar suaminya, Daily Doseof Liu membaca huruf jawi telah menyorot perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kisah Abang Tesla Buat Saya Teringat Kenapa Tak Kahwin Lelaki Melayu’ – Sasha Abdul Aziz

Artikel Berkaitan: Abang Tesla Bertalu Dikecam! Isteri Pertama Akhirnya Buka Mulut – ‘Hanya Kita & Allah Mengetahui’

Ajar suami baca jawi

Sasha Abdul Aziz

Menerusi hantaran di TikTok, Sasha yang mengenakan telekung berona hitam dilihat sedang memegang sebuah buku sambil menyebut satu persatu huruf jawi sebelum diikuti oleh suaminya.

Daily dilihat fokus mengikut cara bacaan seperti mana disebut oleh Sasha. Malah, pempengaruh itu turut dilihat memperbetulkan sebutan suaminya.

Video pendek berdurasi 13 saat itu telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan Sasha mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan Islam kepada suami.

Untuk info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berasal dari Australia yang dikenali sebagai Daily Doseof Liu.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Isabella Liu dan Rose Liu.

Difahamkan Daily telah menukar agama asalnya dan memeluk Islam untuk bernikah dengan Sasha.

Video

@sashaabdaziz2 ?? #islam #interacialcouple ? original sound – Bubblicioushq

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×