![[VIDEO] Sasha Abdul Aziz Geram Pembantu Rumah Didakwa Pemalas – ‘Umur 45 Tahun Sudah Tak Perlu Beritahu, Common Sense Sendiri’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/sasha-22.jpg)
Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz berkongsi tentang pembantu rumahnya yang didakwa pemalas.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Kongsi Manfaat Sedekah Subuh, Masuk Hari Kelima Istiqamah – ‘Nanti Kita Cari Anak Yatim’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Pakai Tudung Dari Hati, Bukan Sebab Trend Atau Orang Suruh’ – Sasha Abdul Aziz
Pembantu rumah pemalas
Menerusi perkongsian semula di TikTok, Sasha mendedahkan pembantu rumah itu tidak langsung menolong dirinya menguruskan anak-anak malah sempat menjamu selera.
Masa dekat waterpark hari itu dia memang tak ada bantu aku. Dia duduk melepet dan main telefon.
Kalau kau tengok aku tengah bersesak bawa anak, sebagai pembantu kau patut buat apa?
Aku tengah makan dan anak ada dipangku…awak semua tahu tak dia buat apa? Dia pergi ambil makanan.
Aku kalau tengok dia makan, tak apalah..makan sahajalah. Tapi sampai ke malam aku jaga anak.
Orang lain kalau ada pembantu, dia tak dukung anak dia.
Ada ‘common sense’
Tambah Sasha lagi, dia percaya bahawa pembantu rumah tersebut sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam melaksanakan tugasnya malah sepatutnya tidak perlu disuruh lagi.
Takkanlah semua benda aku nak beritahu dia, common sense lah. Umur dah 45 tahun, aku dah tak perlu beritahu semua kena ada common sense sendiri.
Aku penat sebenarnya nak suruh tolong pegang anak, cebok, basuh kencing, suap makan..tak boleh macam tu. Kita ada banyak lagi benda nak fikir.
Ambil yang umur 45 tahun patutnya dah ada pengalaman.
Bercerita lanjut, Sasha semakin geram apabila pembantu rumahnya dilihat tiada usaha langsung untuk menjaga anak-anaknya.
Aku tahan lagi masa minggu kedua dia bekerja, masuk minggu ketiga masa itu baru balik dia dekat di tempat duduk belakang.
Tak dukung, pegang atau suap anak..lima jam dalam kereta (tidur dan main telefon bimbit).
Sumber: Sasha Abdul Aziz