Sedar perniagaan baharunya iaitu Sate Bhalut mendapat kecaman daripada ramai pihak, penyanyi Mark Adam tampil menjelaskan kos yang digunakan untuk memulakan perniagaannya.
Artikel Berkaitan: Isteri Pandu Kereta, Mark Adam Dedah Tak Ada Lesen Akibat Trauma – ‘Saya Nak Dia Berada Di Mana Saya Berada’
Guna barang premium
@officialmarkadam Kalau saya silap boleh ajar saya, saya nak belajar, saya belum pandai sangat lagi dalam bidang ni tapi saya nak belajar, teruskan semangat team #SatayBhalut ? original sound – Mark Adam 1079
Menerusi perkongsian di TikTok, Mark Adam berkata setiap barangan yang digunakan untuk membuat sate adalah barangan yang berkualiti tinggi.
Saya punya sate menggunakan daging yang premium di mana kami ambil daging date dari kilang sate yang sudah ‘established’.
Kilang ini juga ‘supply’ daging sate ke hotel, restoran terkemuka bahkan digunakan di restoran sebuah selebriti chef yang terkenal.
Dan sebelum dibalut dengan popiah, sate itu beratnya adalah 30 gram.
Kalau ikut harga pasaran kita pilih paling mahal ialah 500 gram RM30 dan satu cucuk RM7.50.
Itu belum kira untung yang kilang ambil lagi. Untuk air pula kita guna cawan besar RM3, jadi semua RM10.50.
Jelas pelantun lagu ‘Katak’ itu lagi, harga RM21.90 dikenakan bagi tiga cucuk sate daging yang turut disertakan dengan segelas air.
Tambah Mark Adam, harga tersebut juga termasuk dengan pengiraan kos logistik, kos sewa tapak serta gaji 10 orang pekerja yang perlu dibayarnya untuk mula berniaga.
Mula rasa kepayahan seorang peniaga
@officialmarkadamRezeki milik Allah ? nantikan @sataybhalut bermula di @havocfoodfestival SHAH ALAM minggu depan ???? original sound – Mark Adam 1079
Di akhir hantaran, penyanyi kelahiran Filipina ini mengakui dia mula merasakan kepayahan peniaga di luar sana dalam mencari rezeki demi sesuap nasi.
Selepas kira-kira untung hanya RM2,900 dan adakah korang rasa ini cukup untuk bayar sewa tapak?
Guys, minta maaf tapi saya ini masih belajar dan baru saja nak mula berniaga. Tapi agak-agak la dengan apa yang korang fikir kalau tak tahu.
Dah ramai orang yang beli tapi yang tak beli, yang banyak komen. Apa hal? Dah tahun baharu, dan baru saya rasa macam mana peniaga lain mereka punya kesusahan.
Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung, semoga sihat selalu dan jangan lupa sokong peniaga di luar sana.
Terdahulu, Mark Adam meraih kecaman daripada wargamaya yang mendakwa harga Sate Bhalut yang dijual penyanyi itu bersama isterinya terlalu mahal untuk dibeli.
Sumber: TikTok Mark Adam