berita

[VIDEO] ‘Satgi Aku Bawa Hang Naik Belon Panas, Tapi Hang Peluk Aku Dak?’

April 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini viral di media sosial tentang satu video lamaran yang telah dibuat oleh Engku Emran kepada kakak selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila di atas sebuah belon udara panas. Aksi mesra pasangan ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Artikel Berkaitan: Video Romantis Engku Emran Lamar Noor Nabila Atas Belon Panas, ‘Nikoh Jom’!

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila pelakon kacak, Shukri Yahya bergurau di IG Live ingin membawa bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad menaiki belon udara panas.

Nak bawa naik belon panas?

Difahamkan, sedutan video dari Instagram Live Sharnaaz dan Shukri Yahya itu telah dimuatnaik semula di TikTok oleh seorang individu yang dikenali dengan nama Mohd Afeef. Dalam rakaman tersebut kelihatan kedua-dua pelakon ini sedang berbual-bual dan tiba-tiba Shukri Yahya dengan nada bergurau memberitahu bahawa dia kononnya ingin membawa Sharnaaz menaiki belon udara panas.

Tidak terhenti di situ, Sharnaaz pun melayankan sahaja gurauan tersebut sambil bertanya kepada Shukri sama ada mahu memeluknya juga atau pun tidak. Sharnaaz kemudian menunjukkan reaksi geli dengan adegan tersebut. Meskipun mereka tidak menyebut nama mana-mana individu tetapi kebanyakan netizen seakan sudah tahu siapakah gerangan yang mereka maksudkan.

‘Tak pernah tak masuk air’

@mohdafeef_Dua orang ni tak pernah tak masuk air????Dia punyaa perli tu fuhhh?? from ig : __sinners ##fyp ##foryoupage? original sound – Sang Penghibur???

‘Kemain perli eh’

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur dan tidak kering gusi melihat gelagat dua sahabat baik ini. Video yang dikongsikan ini telah mendapat hampir 900k tontonan dan 90k tanda suka sejak ia dimuatnaikkan pada 31 Mac lalu.

Sumber: Mohd Afeef

SKIP THIS AD ×