![[VIDEO] Satu Tarikh Tiga Momen, Pengantin Perempuan Kehilangan Ibu Pada Hari Nikah](https://asset.ohbulan.com/2026/02/pengantin-perempuan.jpg)
Seorang pengantin perempuan berdepan ujian berat dalam hidupnya apabila kehilangan ibu tercinta pada hari pernikahannya akibat daripada kanser.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wajah Pengantin Mirip Shila Amzah, Ubai Seloroh – ‘Suami Dia Nama Ubai Juga Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penasihat Kewangan Kupas Isu Pengantin Ganti Salam Kaut ‘QR Code’ – ‘Jangan Malukan Diri & Keluarga’
Mak meninggal pada hari bahagia anak
Menerusi perkongsian di TikTok, pengantin perempuan itu memaklumkan bahawa tarikh 8 Februari akan kekal terpahat sebagai kenangan sepanjang hayat.
Menurutnya, tarikh itu menjadi saksi kepada tiga peristiwa besar dalam hidupnya iaitu hari kelahirannya, hari dirinya sah bergelar isteri, dan hari kehilangan ibu tercinta.
8 Februari 2026 adalah tarikh yang saya akan ingat sampai bila-bila.
8 Februari mak saya lahirkan saya, tarikh itu juga mak tinggalkan saya dan hari sepatutnya mak tengok saya nikah.
Difahamkan, arwah ibu pengantin perempuan mengalami sakit kanser dan meninggal dunia pada jam 3:00 pagi.
Mak pergi dulu 3:00 pagi sebab mak sakit kanser.
Nikah 9:00 pagi. Waktu hari yang sama. Semua dah tertulis, mak pergi dulu.
Doa netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita terbabit terus kuat menjalani kehidupan walau ditimpa ujian berat.
Sumber: TikTok @NHA_








