Nama pasangan pelakon Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan kemelut rumah tangga yang dilalui mereka.
‘Jangan risau kalau suami hilang?’
Terbaharu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella, 30, sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas dia bergurau mengeluarkan satu kenyataan seakan menggambarkan situasi yang dilaluinya kini.
Bella yang hadir ke Borneo Mega Raya Fest 2024 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) dilihat sempat beramah mesra dengan para pengunjung.
Membalas pesanan seorang pengunjung mengenai kerisauan hilang suami, Bella spontan mengeluarkan tips memberitahu perkara pertama yang boleh dilakukan oleh isteri adalah mencari suami masing-masing di rumah kawan.
Apa abang cakap, jangan risau kalau suami hilang?
Mestilah saya risau kalau suami hilang, tapi saya ada tips kalau suami hilang kita cari di rumah kawan.
Memahami maksud tersirat di sebalik gurauan itu, para pengunjung menjerit dan memberi sorakan kepada Bella.
Menjengah ke ruangan komen, merasa terhibur dengan punchline gurauan aktres tersebut. Tidak kurang juga, ada yang merasakan Bella kini sudah semakin mampu move-on.
Ni tanda apa guys? Tanda-tanda dah move on.
Sindiran yang cukup hebat. Terbaik Bella.
Orang yang jenis pendiam ini jangan buat main sebab sekali dia buka mulut ayat yang keluar pedas.
Dia dah terlalu sakit hati, keberanian muncul.
Kawan yang baik terlajak baik sampai sorok suami kita.
Video
@bella.astillah13 ??#bellaastillah #alifaziz #alifazizbella #ruhainies #eriqaastillah #masokberanda #fyp??viral #fyp #foryou #artismalaysia #foryoupage ? bunyi asal – Bella Astillah
Sumber: TikTok