Penyanyi, Datuk Nora Ariffin berkongsi pendapat mengenai didikan ibu bapa yang sepatutnya menjadi pelindung buat anak-anak.

Artikel Berkaitan: ‘Hidayah Milik Allah, Saya Hanya Mampu Doa Yang Terbaik Buat Anak-Anak’ – Nora Ariffin

Artikel Berkaitan: Isu Rakam Semula Lagu Sinaran, Nora Ariffin Terima Panggilan Daripada Rossa – ‘Terima Kasih Atas Keprihatinan’

Tetap anak

@soutudeen

Watch full vid soutudeen channel feat @SECUKUP RASA BY NORA ARIFFIN

♬ original sound – soutudeen – soutudeen

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin menegaskan bahawa dirinya akan selalu ada buat anak-anak.

Tambah Nora, dia akan memohon maaf pada diri sendiri jika terdapat tindakan anak yang tidak dapat diterima umum.

Macam mana buruk anak kita, tetap anak kita, darah daging kita.

Kalau orang dekat luar mengutuk atau pulau dia dan kita sebagai ibu bapa buat perkara yang sama, anak nak pergi mana?

Bila jadi perkara sebegini, saya akan peluk anak saya.

Saya akan minta maaf pada diri sendiri. Saya mungkin tidak pandai menjadi seorang ibu.

Jangan dengar kata orang luar

Dalam pada itu, Nora berpendapat ibu bapa perlu memeriksa semula cara didikan pada anak.

Ujar pelantun lagu ‘Hanya Satu’ itu, ibu bapa perlu menjadi pelindung yang baik agar anak tidak kehilangan tempat mengadu.

Kadang-kadang kita terlupa, kita ingat kita dah cukup didik tapi ada terlepas pandang.

Walau apa jua yang jadi, saya tetap akan ada untuk anak-anak.

Mereka buat apa pun, mereka tahu ada tempat untuk balik pada kita.

Jangan terpengaruh dengan kata-kata orang luar.

Sumber: TikTok @soutudeen