berita

[VIDEO] ‘Saya Anak Malaysia’ – PM Imbau Kejayaan Negara Selama 63 Tahun Merdeka!

August 30th, 2020 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuat naik satu video khas mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh negara sejak 63 tahun yang lalu.

Menurut beliau, perjuangan yang dicapai sejak tahun 1957, perlu diteruskan oleh anak bangsa demi mempertahankan negara tercinta.

Merdeka!

Ya Allah, kau rahmati negara ini, Kau muliakan pahlawan-pahlawan yang telah gugur memperjuangkan negara ini, Kau beri kami kekuatan untuk terus maju sebagai satu bangsa yang berjaya.

Menerusi video berdurasi 3:38 saat yang dimuat naik di Facebook Muhyiddin Yassin, beliau memberitahu semua masyarakat di Malaysia adalah sama meskipun berlainan agama, bangsa dan budaya. Oleh itu, beliau memohon anak bangsa bersatu meneruskan perjuangan dalam mempertahankan tanah bertuah ini.

Mendapat lebih 15k tontonan selepas satu jam, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa bangga dan berterima kasih di atas jasa-jasa wira negara.

Saya juga anak Malaysia!

We love Abah

Sumber: Muhyiddin Yassin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×