Hantaran pelakon dan pengacara, Janna Nick sekali lagi menyorot perhatian ekoran spekulasi yang mengatakan dirinya sedang berbadan dua.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Perjelas Muka Nampak Sembab – ‘Badan Naik Sebab Jalani Dua Kali Proses Dapatkan Zuriat’ 

Artikel Berkaitan: ‘Cel*ka Betul Yang Persoalkan’ – Janna Nick Menempelak Pihak Pertikai Wanita Sertai Misi GSF

‘Saya buncit!’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 30, dilihat membuat video ‘trending’ bersama suaminya, Dini Schatzmann.

Dalam video berdurasi selama 15 saat itu, Janna menafikan dakwaan dirinya sedang hamil sekaligus akui memiliki tubuh badan yang berisi.

Saya tak mengandung! Saya buncit!

Harap menjawab komen yang cakap ‘berseri, mesti mengandung’, ‘aku syak dia mengandung’, ‘sebagai orang yang pernah mengandung, aku tahu Jannah tengah berbadan dua’, ‘tembam, mesti ada isi’, ‘nampak macam baby bump‘.

Dalam pada itu, Janna memohon doa orang ramai agar dirinya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata serta hentikan segala spekulasi hamil.

Doakan, bukan agak-agak.

Netizen mendoakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa buat rahim pelakon berusia 30 tahun itu agar diisi dengan malaikat kecil.

Sekadar info, Janna mendirikan rumah tangga bersama aktor, Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023.

Pelbagai cara diusahakan namun pasangan itu masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

Sumber: Instagram @jannanick