Wanita yang pernah tular selepas dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti pendakian, Jaslinda Saludin berkongsi semula pengalaman mencemaskan yang dilaluinya sepanjang berdepan situasi getir di dalam hutan.

Artikel Berkaitan: Anak Jaslinda Minta Berhenti Sebar Cerita Tak Sahih Tentang Punca Kehilangan – ‘Segala Persoalan Akan Terjawab Bila Tiba Waktunya’

Artikel Berkaitan: ‘Allah Kabulkan Doa Kami’ – Suami & Anak Sempat Solat Hajat Di Kaki Gunung Sebelum Jaslinda Saludin Ditemui

Jaslinda imbau detik sesat dalam hutan

@sembangohhyeahh

Hampir Minum Air Kencing Sendiri Demi Bertahan Hidup Full Vid di YT @sembangohhyeahh #kakjaslinda #jaslinda #pendakihilang #sembangohhyeahh

♬ original sound – SembangOhhYeahh Daily – SembangOhhYeahh Daily

Menerusi sebuah podcast SembangOhhYeahh, Jaslinda mendedahkan dia hampir meminum air kencing sendiri kerana terlalu dahaga selepas bekalan air yang dibawanya habis. 

Bagaimanapun, hasrat itu dibatalkan selepas menyedari air kencing tersebut berbau sehingga membuatkan dia tidak sanggup untuk meminumnya.

Masa dekat puncak saya jumpa air tanah warna hitam, sedap rasa macam tebu, saya minum.

Saya hampir minum air kencing sendiri, tapi tak jadi  sebab air kencing saya busuk, bau hempedu. Itu je, nasib baik air kencing saya busuk, jadi tak boleh nak minum. 

Mengulas lanjut, Jaslinda berkata dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang mempertikaikan tindakannya kerana apa yang dilakukannya ketika itu hanyalah demi meneruskan kelangsungan hidup.

Kalau orang tak terima apa yang berlaku pada saya, maknanya orang tu tak terima apa yang Allah dah tetapkan. 

Walaupun saya minum air embun, air apa, itu semua ketentuan Allah untuk saya teruskan hidup. Kalau orang nak menilai saya benda tu, saya tak faham sebab sekarang ni orang memang tak ada empati.

Dalam podcast sama, Jaslinda turut mendedahkan detik yang menyebabkan dia hilang arah apabila terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter yang dipenuhi pokok lengkuas sehingga gagal menemui semula laluan pendakian.

Terdahulu, Jaslinda berjaya ditemui oleh penduduk Orang Asli berhampiran kawasan sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Perak pada 7 Jun lalu selepas dilaporkan hilang selama 14 hari.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sejak 23 Mei ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung melalui laluan Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih hingga Kuala Woh.

Penemuan Jaslinda mengundang rasa syukur pelbagai pihak selain disifatkan sebagai satu keajaiban buat keluarganya selepas operasi pencarian dijalankan selama dua minggu.

Sumber: Podcast SembangOhhYeahh