![[VIDEO] ‘Saya Mahu Berkahwin Kerana Allah, Cinta Sahaja Tidak Cukup’ – Afgan](https://asset.ohbulan.com/2025/08/afgan.jpg)
Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan akui sama seperti insan lain yang memohon doa agar dikurniakan jodoh terbaik buat dirinya mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.
Artikel Berkaitan: ‘Pengalaman Indah Kerana Berangkat Sendiri Ke Makkah’ – Haji Afgan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afgan Terharu Keluarga Peminat Dari Malaysia Hadiahkan Anak ‘Straight A’ Tiket Konsert, Sanggup Menabung Terbang Ke Jakarta
Kahwin kerana Allah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Afgan atau Afgansyah Reza, 35, berkata, dia mahu berkahwin kerana Allah.
Menurut Afgan, persepsi terhadap perkahwinan berubah setelah pulang daripada menunaikan ibadah haji.
Saya tak mahu kahwin sebab ikut orang.
Semenjak saya jalani haji, saya nak berkahwin sebab Allah.
Saya mahu bina hubungan yang lebih erat dengan pasangan atas tujuan mendekatkan diri dengan Allah.
Saya rasa, cinta sahaja tidak mencukupi.
Pandangan saya terhadap perkahwinan juga berubah menjadi lebih dalam.
Tapi semestinya, salah satu doa saya adalah tentang pasangan.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Jodoh Pasti Bertemu’ itu berpendapat tuhan mahukan dirinya untuk menjadi lebih baik sebelum dikurniakan pasangan hidup.
Sekadar info, Afgan berangkat ke Makkah selepas beberapa hari menyambut ulang tahun kelahirannya pada 27 Mei lalu.
Sumber: TikTok @titoswift13