Penyanyi terkenal dari Indonesia, Afgan mengejutkan peminat apabila mendedahkan satu tabiat pelik yang dialaminya sejak sekian lama. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tasbih Digital Jadi Teman Afgan, Zikir Buat Hati Rasa Tenang

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sangat Hargai Perjalanan Muzik Saya Telah Jadi Sebahagian Kisah Hidup Peminat’ –  Afgan

Separuh sedar

@studiosembang

haaa siapa yang boleh relate dengan @Afgan cepat comment! korang nak dengar tak his stories? tunggu hari khamis, 10pm kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts k! #jomsembang #studiosembang

♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Menerusi potongan klip podcast Studio Sembang bersama Amelia Henderson, Afgan atau nama penuhnya Afgansyah Reza, 35, mengakui bahawa dirinya mempunyai tabiat ‘sleep eating’ atau makan sambil tidur.

Menjelaskan lebih lanjut, Afgan berkata tabiat itu masih berlaku setiap hari sehingga kini.

Setiap kali saya tidur, saya selalu terbangun dan makan tapi dalam keadaan ‘half asleep’. Masih berlaku, setiap hari.

Menurut pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu, dia mula menyedari tentang tabiat tersebut selepas menemui kesan dan sisa makanan di sekelilingnya setiap kali bangun tidur.

Mulanya, saya tahu sebab waktu saya bangun ada banyak makanan di lantai.

Mendengar pengakuan itu, Amelia menyifatkan tabiat Afgan sebagai sesuatu yang jarang didengari.

Afgan turut berseloroh dengan mengajak orang ramai yang mempunyai tabiat sama supaya berkongsi pengalaman mereka agar dirinya tidak berasa keseorangan.

Untuk info, ‘Sleep eating’ biasanya merujuk kepada Gangguan Makan Berkaitan Tidur (Sleep-Related Eating Disorder, SRED), sejenis parasomnia (tingkah laku tidur yang tidak normal) di mana seseorang menyediakan dan memakan makanan semasa sedang tidur sepenuhnya atau separuh sedar, dengan sedikit atau tiada ingatan tentang kejadian itu pada keesokan harinya.

Sumber: TikTok