berita

[VIDEO] ‘Saya Mengaku Memang Salah Tayang Aurat & Tidak Jaga Batas’ – Atiq Azman

February 20th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

atiq azman

Pelakon Atiq Azman mengakui kekhilafan diri memuat naik foto yang mendedahkan aurat sehinggakan menjadi bualan hangat warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Dah Tahu Diri Bukan Gay, Jangan Meroyan’ – Lelaki Dakwa Atiq Azman Cari Masalah Sendiri?

Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Dengan Mentaliti Bodoh Seperti Ini’- Atiq Azman Berang Dituduh Cari ‘Jantan’

Tegur cara salah

ATIQ DEDAH AURAT

Ketika ditemui OhBulan!, Atiq berterima kasih kepada individu-individu yang berani menegur kesilapan dirinya. Bagaimanapun, Atiq, 24, kesal kerana ada teguran yang dibuat dengan menggunakan cara kurang adab.

Pertama sekali, terima kasih kerana menegur. Apa yang boleh saya cakap, saya mengaku memang salah saya (menayang aurat) dan tidak menjaga batas.

Namun yang menjadi masalah apabila saya ditegur dengan cara yang salah. Walaupun tidak nampak perubahan itu (selepas ditegur), namun kita tidak tahu pengakhiran hidup seseorang itu bagaimana.

Atiq berkata demikian ketika Anugerah AINAA Super Seven Awards yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur, pada Ahad.

Doa yang baik

ATIQ DEDAH AURAT 2

Pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah juga menyedari dia tidak menerapkan asas agama yang dipelajar di sekolah dalam kehidupan harian.

Walaupun saya ada latar belakang pendidikan di sekolah agama, saya akui memang salah saya juga. Saya ada asas dalam bidang tersebut (agama), namun saya tidak gunakan dengan cara yang baik.

Terus terang, saya minta maaf memang salah saya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur mengambil contoh perubahan dan penghijrahan pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman yang kini sudah berhijab.

Contoh, lihat sahaja pelakon Norreen Iman sekarang. Kita tahu dahulu dia bagaimana (seksi), tetapi lihat dia sekarang.

Jangan hukum seseorang. Sebaliknya doakan yang baik-baik dan tegurlah dengan cara yang betul.

@ohbulanofficial Atiq Azman mengakui kekhilafan diri memuat naik foto yang mendedahkan aurat sehinggakan menjadi bualan hangat warganet di media sosial. #ohbulan #fyp #news #atiqazman ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×