berita

[VIDEO] ‘Saya Nak 1 Malaysia Tahu Bakat Terpendam Awak Selain Buat Lawak’

March 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gelagat pelakon dan pengacara, Ain Edruce menyakat suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa menerusi setiap perkongsian video di Instagram ternyata menghiburkan netizen.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Tarik Aku Pun Tak Lepas’ – Netizen Berdekah Gelak Tengok Gelagat Ain Edruce & Suami

Penyanyi terhandal

Mana taknya, raut wajah Amirul yang bersahaja membuatkan peminat tidak kering gusi setiap kali menonton video mereka. Terbaru, sempena menyambut ulang tahun ke-30 suami tercinta, Ain seperti biasa tidak melepaskan peluang merakamkan momen suaminya itu menyanyi walaupun bukan pada tempo yang betul.

Sempena birthday awak ke 30, saya nak 1 Malaysia tahu bakat terpendam awak. Selain selalu buat lawak, awak pun penyanyi terhandal. Selamat ulang tahun kelahiran sayang. Love you daddy!

Semoga menjadi anak yang soleh. Taat kepada ibu bapa. Dan sayang isteri seadanya. Rajin-rajinlah upload gamba isteri dalam instagram kalau taknak video-video karaoke lain dikeluarkan. Thank you for being my number 1 supporter sampai dah jadi ambassador.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Amirul.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Sumber: Ain Edruce

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×