berita

[VIDEO] ‘Saya Pakai Baju Pemandu Ni Sebab Bangga Dengan Ayah Saya’

November 29th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Budak Bangga Dengan Pekerjaan Ayah

Tidak kira apa pekerjaan yang dilakukan oleh ayah kepada seseorang itu, sebagai seorang anak tentunya mereka akan sentiasa berbangga dengan figura yang banyak berkorban masa dan tenaga hanya kerana ingin memberikan yang terbaik itu.

Begitu jugalah dengan tindakan yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak perempuan ini yang begitu berbangga dengan ayahnya yang bekerja sebagai seorang pemandu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terubat Rindu! Masak Makanan Tradisi Nepal Buat Pengawal Keselamatan, Netizen Puji Tindakan Murni TikTokers

Bangga dengan ayah

@roy_scott76 TERIMA KASIH KAKAK Terima kasih Kakak kerana berbangga dengan Babah..Babah cuma menumpang rezeki Kakak.. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan Kakaklah,Babah dpt kerja ni.. Terima kasih syg,Babah syg Kakak dan Adik dunia akhirat.. ***Terima kasih pihak sekolah yg beri peluang pada sy utk beri kejutan buat anak di HARI KANAK² BERTEMAKAN KERJAYA.. #harikanakkanak #kerjaya #kerjayaberseragam #kerjayaberuniform #shuberhebat #sekkebhulubernam #anakbabah#fyp ? original sound – Roy_Scott76

Menerusi video yang tulardi TikTok, kelihatan seorang individu yang dikenali sebagai @roy_scott76 sedang melangkah masuk ke perkarangan sekolah anaknya yang menyambut Hari Kanak-Kanak bertemakan kerjaya.

Dapat dilihat, anaknya yang bernama Pika sedang memberikan ucapan serta menceritakan mengenai kerjaya ayahnya.

Ketika berdiri di hadapan pentas, Pika meluahkan rasa bangga terhadap pekerjaan ayahnya yang bekerja sebagai seorang pemandu dan sama sekali tidak segan memakai pakaian tersebut ke sekolah.

Saya pakai baju ni sebab saya bangga dengan bapa saya.

Tidak lama selepas itu, kelibat Roy yang dilihat muncul di luar kelas cukup mengharukan serta menghibakan suasana pada ketika itu.

Melihat ayahnya yang sedar berdiri di luar kelas, Pika lantas berlari sambil menunjukkan reaksi sedih sebelum memeluk erat tubuh ayahnya itu.

Netizen sebak

Budak Bangga Dengan Pekerjaan Ayah

Budak Bangga Dengan Pekerjaan Ayah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mereka menonton video tersebut dan dalam masa yang sama berbangga dengan Pika yang sama sekali tidak segan dengan status pekerjaan ayahnya.

Mereka mendoakan agar kanak-kanak tersebut membesar dengan jayanya suatu hari nanti dan dapat membalas jasa ayahnya itu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×