Penyanyi, Amira Othman menyorot perhatian dengan kehadirannya sebagai tetamu di sebuah majlis ilmu yang berlangsung di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan: Amira Othman Jawab Dakwaan Sedang Hamil? – ‘Doa Baik-Baik, Sesuai Dengan Waktunya Saya Kongsikan’

Artikel Berkaitan: Amira Othman Tangguh ‘Terbang’ Ke Korea, Maam Nurul Minta Berehat Dahulu – ‘Bukan Kita Minta Ini Berlaku’

Bukan wanita yang baik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 34, akui tidak mudah menjadi seorang yang dikenali.

Ujarnya, kehadirannya pada majis-majlis ilmu adalah untuk memperbaiki diri menjadi orang baik.

Bila kita jadi public figure, bila terbuat silap, orang kata pergi usrah tapi buat macam ini.

Ingin saya betulkan di sini, saya pergi usrah bukan sebab saya baik. Saya pergi sebab saya tak baik.

Saya nak jadi orang baik. Tak semestinya saya pergi usrah saya tak buat salah.

Netizen tenang mendengar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji adab isteri kepada pelakon kacak Fattah Amin yang dikatakan bijak dalam penggunaan kata-kata.

Sumber: TikTok @noona