![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Pegang Watak Utama Sebab Kulit Gelap’ – Raja Ilya](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_3220.jpeg)
Pelakon Raja Ilya, mendedahkan dan mendakwa dirinya pernah berdepan situasi tidak diberikan peluang untuk membintangi watak utama dalam sesebuah naskhah kerana memiliki warna kulit yang gelap.
Artikel Berkaitan: Tunjuk ‘Baby Bump’, Raja Ilya Umum Hamil Anak Kedua!
Warna kulit
Pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu mendedahkan perkara tersebut ketika ditemu bual di audio siar Sembang Studio bersama hos, Amelia Henderson.
Menurut Raja Ilya, dia mendakwa tidak diberikan peluang membawa watak utama kerana penerbit beranggapan warna kulitnya tidak menepati ciri-ciri yang sesuai untuk membawakan watak tersebut.
Saya tak boleh pegang watak utama sebab saya gelap.
Kata producer, ‘Hero putih, tapi dia gelap.’
Justeru, pelakon filem Suamiku, Encik Perfect 10! itu menyifatkan warna kulitnya telah menyekat peluang untuk mengembangkan karier lakonan, khususnya dalam mendapatkan tawaran membawa watak utama.
Warna kulit saya menjadi penghalang yang besar dalam karier saya.
Dari awal sampailah mereka tiba-tiba tak nampak pula yang saya gelap.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kurang senang apabila warna kulit dijadikan ukuran untuk menentukan peluang seseorang pelakon mendapatkan watak utama, sedangkan bakat sepatutnya menjadi keutamaan.
Dalam masa yang sama, mereka juga memuji kecantikan Raja Ilya yang disifatkan memiliki keistimewaan dan daya tarikan tersendiri tanpa perlu mengikut sebarang standard kecantikan.
Sumber: Studio Sembang








