![[VIDEO] ‘Saya Tak Curang, Saya Hanya Ada Dia & Anak’ – Kamal Adli](https://asset.ohbulan.com/2025/10/kamal-21.jpg)
Pelakon, Kamal Adli menegaskan tiada orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Mewakili Uqasha Senrose Tarik Diri, Kamal Adli Mohon Netizen Henti Kecam Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Masih Sayang Rumah Tangga, Tak Sangka Berakhir Di Mahkamah – ‘Saya Tak Gembira Sampai Sini’
Tidak curang

Ketika ditemui OhBulan, Kamal, 39, menafikan berlaku kekerasan dalam rumah tangga.
Paling penting, saya nak beritahu di sini, saya tak curang. Saya tak ada orang lain. Saya tak ada sesiapa saja.
Saya hanya ada dia (isteri) dan anak saya sahaja.
Itu kes dalam kain, apa-apa semua, janganlah buat itu. Saya sayang dia. Okay, itu sahaja yang paling penting.
Kamal berkata demikian ketika ditemui usai sesi prosiding kedua tuntutan perceraian Uqasha terhadapnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Rindu Isteri

Berkongsi lebih lanjut, Kamal meluahkan rasa rindu terhadap Uqasha setelah hampir sebulan tidak berhubung.
Kami dah lama tak berjumpa. Terus-terang saya sangat merindui isteri saya.
Agak lama jugalah iaitu sejak dia menyekat saya di telefon dan media sosial.
Sebelum ini, prosiding pertama perceraian pasangan berkenaan yang dijadualkan pada 22 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan susulan ketiadaan pihak defendan yang ketika itu sedang menjalani penggambaran.
Rumah tangga pasangan selebriti itu dikatakan mula bergolak sejak April lalu, namun sumber terdekat menjelaskan bahawa ia bukan berpunca daripada orang ketiga.
Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap bersama ibunya.
Sebelum ini juga, beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet mengenai status hubungan mereka.
Untuk rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

