berita

[VIDEO] ‘Saya Terkejut, Trauma..Itu Pertama Kali Berlaku & Jadi Titik Hitam Dalam Hidup Saya’ – Ruhainies

April 28th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon Ruhainies menjelaskan sebab mengapa dirinya tidak menghubungi dan meminta maaf kepada Bella sejurus selepas kes ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Menangis, Tak Tahu Macam Mana Nak Pujuk Bella Astillah – ‘Saya Nak Lupakan Sengketa Yang Ada’

‘Masa tu, saya masih dalam keadaan terkejut’

Menerusi temu bual bersama Melodi, Ruhainies mengakui sangat terkejut dengan kejadian khalwat itu sehinggakan dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Ujar pelakon berusia 32 tahun itu lagi, itu merupakan kali pertama dia berdepan dengan situasi begitu.

Masa situasi tu berlaku, saya masih dalam keadaan terkejut sebab itu pertama kali terjadi dalam hidup saya. Itu titik hitam yang saya tak akan lupa sampai bila-bila, saya jadi trauma.

 Beberapa hari kemudian, saya ada hubungi Bella tapi tak berjaya. Saya tak nak mendesak sebab saya faham situasi itu. Saya pun ada call tapi Bella tak jawab. Masing-masing dalam keadaan emosi.

Sementara itu, Ruhainies memberitahu meskipun dia memiliki bukti tetapi dia sama sekali tidak akan berkongsikan perkara itu di media sosial kerana tidak mahu merumitkan lagi keadaan.

Apa-apa bukti yang saya ada, saya tak akan post di mana-mana sebab kalau tak, tidak akan ada pengakhiran. Saya tahu bagaimana perasaan bila diaibkan.

Dalam kesempatan itu, Ruhainies memohon maaf kepada Bella dan semua pihak yang terlibat.

Saya harap semua pihak boleh maafkan saya dan mulakan hidup baru. Saya tak semuanya berakhir. Saya betul-betul minta maaf. Saya nak berdamai. Saya nak semua pihak bersatu semula, saya tahu ianya susah untuk Bella terima.

Video

@ohbulanofficial Ruhainies dah minta maaf secara terbuka dan akui ia satu titik hitam dalam kehidupannya ? #ohbulan #sembangentertainment #ruhainies #minta #maaf #secara #terbuka ? original sound – OHBULAN!

Sumber: Melodi

SKIP THIS AD ×