Isu duo pereka fesyen Razman dan Razmi diserang oleh seorang jurugambar dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel mewah di Petaling Jaya, Rabu lalu mencuri tumpuan warganet.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku, pihak OhBulan! berjaya menemu bual Razman Razmi, semalam..
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Boleh Makan Bubur Sahaja’ – Razmi Kena Dua Jahitan Di Pipi, Tunggu Prosedur Mahkamah
Artikel Berkaitan: Razmi Akui Hutang Punca Diserang, Dakwa Jurugambar Setuju Terima Bayaran Secara Ansuran – ‘Janganlah Buat Wajah Orang Macam Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Trauma Lihat Pereka Fesyen Dipuk*l Jurugambar – ‘Saya Ingatkan Itu Hanyalah Gurauan’
Nak salam tiba-tiba dia tumbuk
Menurut Razman, semalam dia dan Razmi ditugaskan untuk menyiapkan busana dan menemani Datuk Seri Vida di majlis tersebut. Semasa berada di luar majlis, Razman berkata, dia dihampiri jurugambar berkenaan. Ujar Razman, dia mahu bersalaman dengan jurugambar itu namun, perkara yang tidak diingini berlaku.
Kami dengan Datuk Seri Vida pergi ke anugerah tersebut. Sampai pukul 8.45 malam kami bergambar semua. Saya dihampiri jurugambar tersebut. Dia sampai, saya panggil nak salam. Tiba-tiba dia tumbuk saya. Saya jatuh rebah. Razmi pula cuba nak selamatkan saya tetapi dia pula kena hentak dengan kamera. Insiden itu berlaku dalam keadaan yang sangat cepat dan saya tak tahu benda itu nak berlaku. Saya anggap benda itu biasa dan dia tahu masalah kami.
Dakwa Razman, semuanya berlaku kerana kes jual beli kereta Suzuki Swift daripada Razmi berharga RM20,000 pada tahun 2019.
Masa mula-mula dia datang ambil gambar (kerja) tak ada kereta. Hanya naik motor. Saya rasa kasihan. Niat dalam hati rasa macam nak menolong. Tiba-tiba, dia suarakan dulu nak beli kereta yang dah habis bayar hutang. Dia nak beli. Masa itu harga kereta itu dalam RM27 ribu dan saya cuma kata bayar RM20 ribu. Saya servis kereta, tukar tayar dan bateri siap cat sekali. Dia bayar secara runcit masa itu.
Apabila seminggu guna kereta itu, dia mengadu ada masalah rosak dan dia tinggal tepi jalan. Dia telefon saya suruh ambil kereta itu dan dia tak nak. Dia kata rosak. Saya pun pergi ambil dan dengan kuasa Allah sampai bengkel saya hidupkan kenderaan tersebut semuanya elok. Tukang baiki kenderaan itu kata tiada masalah. Saya anggap dia tak nak kereta itu. Dia minta bayaran penuh. Masa nak, bayar runcit. Tapi bila nak balik, (bayaran) penuh.
Berbicara lebih lanjut, Razman mengakui dia ada berbincang secara baik dengan jurugambar tersebut mengenai proses pembayaran semula. Jelas Razman, pada waktu itu dia tidak mempunyai wang berikutan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Saya kata tak boleh bayar semua. Sehingga dia nak pakai duit saya bagi RM3 ribu dulu. Selepas itu PKP dan membuatkan tempoh masa itu menjadi lama. Nak pulih balik kewangan ambil masa kebetulan saya dimasukkan ke hospital kerana jantung. Banyak pakai duit. Duit simpanan semua habis saya gunakan untuk bangunkan semula bisnes. Orang macam kami bukan ada pinjaman bank atau apa-apa. Merangkak balik nak buat bisnes.
Bila jadi macam itu, saya masih bayar sampai bulan lepas. Saya ada cakap dekat dia bulan Januari sampai Jun tahun ini InsyaAllah akan okey semula perniagaan dan saya akan selesaikan semuanya.
Disoal mengapa mengambil semula kenderan tersebut meskipun sudah menjualnya, Razman memberitahu dia seorang yang mempunyai perasaan kasihan dan menganggap jurugambar tersebut memerlukan wang.
Saya orang yang jenis ada perasaan. Mungkin dia nak pakai duit. Kereta itu walaupun dia kata rosak, saya periksa semua okey dan boleh pakai sampai sekarang. Saya tak rasa dia nak scam saya. Mungkin dia nak duit banyak balik supaya boleh beli kereta lain. Tapi tak apalah, saya rasa benda ni hak dia jadi saya kena bayar secara runcit semula
Rasa dia macam orang lain
Ditanya pula mengenai faktor lain yang membuatkan jurugambar tersebut bertindak sedemikian semalam, Razman secara ringkas menjawab dia sangat terkejut dan tidak tahu.
Bulan lepas dia okey lagi. Peristiwa semalam tu memang saya terkejut dan tak tahu. Ingat nak salam, rupanya dia nak tumbuk. Tak tahu dalam hati dia macam mana. Saya kalau kata tak ada duit, saya akan kata tak ada. Cuma takkan saya nak bagitahu dekat semua yang kita susah. Saya buat bisnes. Kalau kata saya lari, sebelum itu saya ada shooting dekat studio dia, makan dekat studio dia dan kami jumpa di beberapa majlis.
Saya rasa malam itu dia macam orang lain. Dia muda lagi dan saya anggap macam adik. Dia masuk industri pun saya yang bawa, Dia nak ambil gambar mula-mula saya yang bagi. Agak lama dia bekerja dengan saya. Bila dah bekerja dekat beberapa tempat saya bawa. Siap bawa pergi bercuti di Pulau Pinang semua. Perniagaan ada pasang surut. Bila waktu ada, dia akan ada. Bila tiada akan tiada.
Di akhir temu bual, Razman mengaku terkilan dengan tindakan jurugambar tersebut.
Saya terkilan sebab benda macam itu boleh berunding elok-elok. Kenapa benda tu nak jadikan besar? Saya kalau buat salah, saya akan mengaku. Dia masih muda dan ada masa depan. Rugi buat macam ini. Apa yang dia bina sebelum ini semua boleh musnah. Saya selalu berharap dan berdoa, semua orang yang bekerja dengan saya akan berjaya tetapi kenapa dia buat begitu? Dia ada nombor telefon saya, dia tahu akaun Facebook saya. Dia boleh dm kalau nak jumpa tetapi tiada.
Terdahulu, dalam kejadian jam 8.40 malam itu, Razman dan Razmi dipukul dengan kamera oleh jurugambar lelaki terbabit. Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.
Kedua-duanya yang mengalami luka di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum penganjur bertindak membuat laporan polis.