![[VIDEO] ‘Saya Tidak Kisah Jika Orang Tidak Kenal Saya’ – June Lojong](https://media.ohbulan.com/2025/03/june.jpg)
Pelakon June Lojong mengakui tidak kisah sekiranya dirinya tidak dikenali ramai meskipun telah menerpa nama dalam insdutri seni sejak tahun 2016.
Artikel Berkaitan: Namron Pernah Jadi Psiko, Ingin Bunuh Diri
Artikel Berkaitan: Filem Polong Angkat Kisah Dosa Silam & Ilmu Hitam, Bakal Jalani Penggambaran Bersama Mimi Lana, Namron, Nadiya Nisaa & Ramai Lagi!
Alami kemurungan
Ketika ditemui OhBulan!, pemenang kategori Pelakon Wanita Harapan menerusi filem Redha berkata hal ini kerana berkait rapat dirinya yang sebelum ini mengalami masalah kesihatan.
Kongsinya, aktiviti berlakon secara tidak langsung membantu menjadi terapi yang mampu memberikan keyakinan untuk bersosial dengan orang ramai.
Saya tidak kisah jika orang tidak kenal saya, sebab ia berkait dengan masalah dalaman diri saya.
Saya alami masalah kemurungan. Belajar master pada tahun 2005/6 dan saya tidak habis, Thesis saya beberapa kali ditolak jadi saya berhadapan dengan banyak kekecewaan.
Berlakon membantu masalah kesihatan saya, membantu untuk bersosial, jumpa orang. Sebab ketika itu saya alami kebimbangan, tidak boleh untuk berjumpa dengan orang ramai.
Secara tidak sengaja
Menceritakan kembali detik ceburi bidang lakonan, isteri kepada pelakon Namron itu berkata ia berlaku dengan secara tidak sengaja.
Kata June, pada awalnya dia menolak tawaran tetapi apabila dipujuk dia berhasil menerpa nama dalam industri seni selain membantu mengatasi masalah kesihatannya.
Saya ceburi industri seni ini secara tidak langsung, bermula filem redha Tunku Mona Riza. Dia tawarkan saya untuk berlakon saya tolak kerana saya tak mahu ke hadapan kerana ada masalah kesihatan.
Tunku Mona suruh Namron pujuk saya dan Namron suruh saya anggap (berlakon) adalah untuk terapi sosial saya. Sebab itu saya terima, alhamdulillah menjadi.
Untuk info, June bakal tampil membintangi filem Polong yang dijangka masuk panggung pada 2026.
Difahamkan, penggambaran akan bermula pada Mei ini dan akan menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron dan Nadiya Nissa dan ramai lagi.
@ohbulanofficial Pelakon June Lojong mengakui tidak kisah sekiranya dirinya tidak dikenali ramai meskipun telah menerpa nama dalam insdutri seni sejak tahun 2016 ☝️ #ohbulan #fyp #news #junelojong #isteri #namron