berita

[VIDEO] ‘Saya Tidak Tahu Kami Dilarang Memuat Naik Gambar Musa Di Media Sosial’ – Noh Salleh Minta Maaf Dengan Athira

January 26th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi sebuah video di Instagram, penyanyi Noh Salleh akhirnya tampil membuat permohonan maaf dan mengulas balik kenyataan yang dibuat oleh ibu kandung anak angkatnya, semalam.

Artikel Berkaitan: Noh Salleh Akur Keputusan Mahkamah, Serah Musa Kepada Mizz Nina – ‘Betapa Hancurnya Hati Saya’

Artikel Berkaitan: Noh Salleh Nafi Tuduhan Culik Anak Angkat, Harap Dapat Berdamai Dengan Mizz Nina

Tidak benar sama sekali

Assalamualaikum. Mengulas balik kenyataan yang dibuat oleh ibu kandung Musa semalam bertarikh 25 Januari 2024, saya ingin menyatakan bahawa perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

Menurut Noh, dia tidak tahu menahu mengenai perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isterinya, Mizz Nina di mana mereka dilarang untuk memuat naik gambar muka Musa di mana-mana platform.

Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawaah jagaan saya pada waktu ini dan telah pun saya serahkan kepada pihak Mizz Nina seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini.

Bagi isu manipulasi pula, Noh berkata, perkara tersebut adalah tidak benar di mana persetujuan telah pun dicapai dengan pihak ibu kandung di mana beliau telah pun bersetuju untuk memberi penjagaan Musa secara sedar dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak dan tidak ada mengenakan apa-apa syarat tentang memuat naik gambar muka Musa.

Akan tetapi saya faham akan kedudukan beliau sebagai ibu kandung Musa di mana beliau mempunyai hak sepenuhnya ke atas perkembangan Musa dan saya hormati keputusan beliau pada waktu ini.

Namun, saya, sebagai seorang manusia biasa pasti ada membuat kesilapan kerana tidak memikirkan sensitiviti beliau serta terlalu mengikut perasaan rindu akan Musa telah pun memuat naik gambar anak saya sama seperti ibu bapa lain di luar sana.

Saya juga ingin tekankan bahawa saya masih tetap dgn pendirian saya sebelum ini di mana, apa yang penting bagi saya ialah kesihatan mental dan fizikal Musa.

Oleh itu, saya, Mohammad Noh bin Salleh ingin memohon maaf secara terbuka kepada ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah binti Wan Amizulkhidi dan akan turuti tuntutan beliau untuk tidak memuat naik gambar muka Musa lagi dan akan memadam gambar2 yang mengandungi muka Musa di laman sosial saya.

Saya juga berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana saya sudah pun mendapat perintah untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 February ini bagi proses Sulh dan 6 February untuk perbicaraan.

Saya berharap dengan penjelasan yang telah pun saya buat ini dapat menjernihkan keadaan dan saya berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan.

Video

Sumber: Noh Salleh

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×