berita

[Video] ‘Sebab Itu Kena Tengok Kiri Kanan Sebelum Lintas Jalan…’

September 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jalan raya bukanlah satu tempat yang selamat untuk semua golongan terutamanya kanak-kanak. Golongan ini sentiasa mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan kemalangan sekiranya tidak dipantau dan diberikan didikan yang baik tentang keselamatan jalan raya, sebagai contoh cara untuk melintas jalan.

Terbaru, menerusi posting yang dibuat di laman Twitter @My_CrimeWatch, seorang kanak-kanak lelaki mungkin mengalami detik paling mendebarkan dalam hidupnya apabila terlibat dalam kemalangan ketika hendak melintas jalan.

Nak salahkan kereta pun tak boleh juga

Menerusi video berdurasi kurang 0:30 saat itu, kanak-kanak tersebut dilihat sedang tergesa-gesa untuk melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan jalan terlebih dahulu.

Malang tidak berbau, dia telah dilanggar oleh sebiji kereta yang melalui jalan tersebut dan kemudiannya melambung dan terseret di atas jalan.

Kemalangan itu dipercayai berlaku di Ketereh, Kelantan baru-baru ini.

Dibantu orang ramai

Sebaik kemalangan itu berlaku, kanak-kanak tersebut telah dibantu orang ramai yang kebetulan berada di situ dan kemudiannya diangkat ke tepi jalan.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen pada posting itu, dia dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan berada dalam keadaan sihat.

Salah siapa?

Posting itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menganggap kemalangan itu berlaku disebabkan kecuaian kanak-kanak itu sendiri ketika melintas jalan.

Malah, sebahagian daripada netizen turut mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi dan membantu anak mereka melintas jalan bagi mengelakkan kemalangan seperti itu tidak berlaku lagi.

Sumber: Twitter My_CrimeWatch

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×