berita

[VIDEO] Sebak! Reaksi Keluarga Ini Selepas Terima Berita Kehamilan Buat Netizen Terharu

April 16th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Setiap pasangan berkahwin sudah tentunya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga. Namun, rezeki zuriat ini agak berbeza untuk setiap individu. Ada yang dapat zuriat awal dan ada yang lambat untuk mendapatkan zuriat. Yang penting usaha dan sikap sabar amat diperlukan jika korang memang betul-betul ingin mendapatkan anak.

Menerusi Twitter Nanora, wanita tersebut memuat naik satu video tentang reaksi ahli keluarganya semasa mendapat tahu berita kehamilannya tersebut. Ternyata video berdurasi 1:43 itu menyentuh hati ramai netizen sehingga meraih lebih 22k retweeet.

Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya

Menurut wanita tersebut, dia dan suaminya tidak merancang untuk mendapatkan zuriat selepas berkahwin kerana mereka mahukan kewangan dan mental mereka stabil terlebih dahulu. Namun, perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Dia disahkan positif hamil anak sulung selepas 2 tahun mendirikan rumah tangga.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen touching melihat video yang di muat naik wanita tersebut. Mereka juga mendoakan supaya wanita tersebut selamat mengharungi proses kehamilan dan selamat melahirkan bayi tersebut.

Sumber: Nanora