Benarlah orang kata, kita hanya mampu merancang dan Allah SWT yang akan menentukan segala-galanga. Itulah situasi yang dialami oleh pelakon, Nur Risteena Munim dan kekasih hatinya iaitu Isa Khan apabila terpaksa menangguhkan majlis pernikahan mereka. Hal ini berikutan dengan keadaan pandemik Covid-19 yang membimbangkan.
Setelah setahun bertunang
Seperti yang kita umum mengetahui bahawa sebelum ini, Risteena dan Isa Khan telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 yang lalu. Setelah hampir setahun melayari alam pertunangan, pasangan ini bercadang untuk bernikah pada 20 November 2020 lalu.
Tarikh tersebut merupakan sehari selepas tarikh ulang tahun kelahiran Risteena. Tetapi siapa sangka, hasrat mereka untuk menamatkan zaman bujang akhirnya terpaksa ditangguhkan kerana wabak Covid-19 yang melanda. Berita menyedihkan itu dikongsikan oleh Risteena menerusi akaun Instagram miliknya.
Hanya mampu merancang
View this post on Instagram
Dalam video tersebut, kelihatan Risteena sekeluarga bersama Isa Khan dan kenalan rapat berada di sebuah restoran sempena sambutan hari jadinya. Dalam kesempatan itu, pasangan ini meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat melangsungkan pernikahan seperti yang dirancang walaupun segala persiapan sudah pun dibuat.
Menurut Isa Khan, dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami tetapi apakan daya dia hanya mampu reda dan berserah pada takdir. Dia percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bukan itu sahaja, tidak dapat menahan sebak, kesemua mereka telah menitiskan air mata.
Ibu kepada Risteena sempat memberi kata-kata semangat kepada anak dan bakal menantunya supaya bersabar dan terus kuat menghadapi dugaan ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat berdoa agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.
Sumber: Nur Risteena Munim