Viral sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang warga emas masih bekerja sebagai penghantar makanan meskipun keadaan fizikalnya dilihat sudah uzur. Lebih menyentuh perasaan, warga emas tersebut mengalami masalah tulang belakang yang bongkok.
Buka puasa ambil dekat surau
Menerusi video viral tersebut, warga emas ini memberitahu dia akan menghantar pesanan kepada para pelanggan tidak kira di mana sahaja. Ujar warga emas itu lagi, dia akan berhenti untuk berehat sekiranya waktu solat sahaja. Disoal mengenai juadah berbuka puasa, warga emas ini memberitahu dia akan ke surau berdekatan untuk mengambil juadah percuma yang telah disediakan.
Tersentuh melihat usaha gigih warga emas ini tatkala mencari rezeki, penyanyi rap, Caprice tampil memberikan bantuan. Menurut Caprice, dia mahu mengubah kehidupan warga emas itu sebelum menjelangnya hari raya.
Siapa-siapa kenal tak pak cik ni. Dm saya. Ayuh bantu ubah kehidupan dia sebelum raya.
Berkat usaha dan pertolongan netizen, Caprice akhirnya bertemu dengan warga emas tersebut. Perkara pertama yang dilakukan oleh Caprice berdasarkan pemerhatian pihak OhBulan ialah memberikan wang sumbangan.
Bukan itu sahaja, Caprice turut membawa warga emas itu ke bank bagi urusan membuka akaun. Jelas Caprice, akaun warga emas yang dikenali sebagai Zakaria itu di ‘block’ seketika oleh pihak bank dek kerana terlalu ramai yang memberikan sumbangan selepas dirinya memuat naik maklumat mengenai pak cik tersebut di Instagram.
Sebab terlalu ramai transfer at one time, the akaun kene block sementara. InsyaAllah by ISNIN masalah ini akan selesai. Terima kasih kepada semua yang mahu membantu. Alhamdulillah tak sampai 24 jam thanks to korang yang dm Cap area pak cik ni kerja, kita jumpa dekat surau Hartamas. Cap terus bawa pakcik pergi bank to create his own account and to a chiropractic to check his back.
View this post on Instagram
Selain membuka akaun bank, Caprice turut membawa pak cik Zakaria ke sebuah klinik untuk melakukan kiropraktik. Tidak henti di situ, Caprice membawa warga emas itu ke sebuah restoran bagi tujuan menyambut hari pencen.
Selamat hari pencen pakcik. InsyaAllah today will be his last day at work. Thank you to everyone who helped made this happen we really appreciate it. Kita jaga kita insyaAllah Malaysia selamat thanks to everyone of you.
Ujar Caprice, dia mahu pak cik tersebut berehat di rumah dan tidak perlu bekerja lagi.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Caprice