berita

[VIDEO] Selamba Buang Sampah Atas Jalan, Lihat Apa Yang Dilakukan Lelaki Ini…

November 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada hari ini, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita mempunyai tahap kesedaran yang rendah apabila secara sesuka hati membuang sampah di merata-rata tempat termasuk di atas jalan raya. Individu-individu ini nampaknya tidak mengambil berat dengan perkara tersebut malah mereka juga seolah-olah tidak mempedulikan persepsi yang bakal terbit terhadap mereka apabila melakukan aktiviti tidak bermoral ini.

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang penumpang dari sebuah kereta secara selamba membuang sampah di atas jalan raya sehingga menimbulkan rasa kurang senang seorang individu.

Kutip balik sampah

https://www.facebook.com/azham.aizad/videos/10218458238939915/?d=n&sfns=mo

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Facebook Azham Aizad ini, kelihatan seorang individu dari dalam sebuah kereta bertindak membuang sampah yang agak besar ke luar dari keretanya. Tindakan individu itu nampaknya dilakukan ketika mereka sedang dalam kesesakan lalu lintas .

Bagaimanapun, dipercayai kerana kurang senang dengan perbuatan yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab itu, pengguna Facebook bernama Azham ini kemudiannya bertindak keluar daripada keretanya dan mengutip semula sampah tersebut.

Bahkan tanpa disangka-sangka, lelaki tersebut dengan selamba menyelitkan semula sampah yang dibuang itu di wiper kereta terbabit sebelum kembali semula ke keretanya.

Netizen puji

Tindakan lelaki ini ternyata telah mengundang banyak reaksi dalam kalangan netizen dari pelbagai kaum. Selain memuji tindakan yang dibuat olehnya, rata-rata warganet juga turut mengecam perlakuan tidak berhemah individu tidak bertanggungjawab itu.

Malah mereka juga kelihatan tidak berpuas hati dengan sikap yang ditonjolkan individu terbabit kerana tidak mengambil berat akan kebersihan jalan raya.

Sumber: Facebook Azham Aizad

SKIP THIS AD ×