berita

[VIDEO] Selamba Vape Depan Ramai Orang, Mierul Aiman Teruk Dikecam..Peminat Mula ‘Turn Off’

April 13th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan pelakon baharu, Mierul Aiman dengan selambanya menghisap rokok elektronik (vape) di hadapan khalayak ramai ketika menghadiri satu program yang berlangsung di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Netizen kecam Mierul Aiman sebab vape

Aksi tersebut secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Bukan itu sahaja, mereka berpendapat Mierul sebagai artis atau ‘public figure’ sepatutnya menjaga kelakuan dan menunjukkan contoh yang baik buat para peminat. Tidak terhenti di situ, mereka turut menyifatkan Mierul seorang artis yang tidak professional.

Menjengah ke ruangan ciapan, ada di antara peminat tampil mempertahankan Mierul dengan menyatakan bahawa pelakon kacak itu sebenarnya berada di belakang pokok dan bukannya di khalayak umum sebaliknya peminat sendiri yang datang kepadanya ketika Mierul berada di tempat tertutup tanpa perhatian ramai.

Video

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×