Pempengaruh media sosial sensasi, Imran Bard sekali lagi menyorot perhatian wargamaya menerusi ‘content’ terbaharu yang dimuat naiknya di TikTok.
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Selar Tindakan Imran Bard – ‘Dia Bukan Mak Cik Hang, Cara Minta Maaf Pun Tak Ada Adab’
‘Dissed’ Rita Rudaini?
@imeringue2? original sound – Anaq Kiriman Heaven
Menerusi perkongsian yang dibuat, Imran sekali lagi melakukan ‘content’ menjadi juri dan mengkritik peserta program nyanyian.
Ketika ‘menjurikan’ peserta, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin pada awalnya memuji ‘peserta’ tersebut kerana melakukan persembahan yang baik.
Bagaimanapun, Imran kemudiannya menegur nyanyian ‘peserta’ tersebut dengan mendakwa dirinya tidak mengambil vaksin ‘booster’.
Meskipun tidak menyebut nama, ramai yang mendakwa ‘content’ tersebut ditujukan kepada pelakon, Rita Rudaini.
Cuma satu saya nak tanya awak. Awak ambil vaksin tak? ‘Booster’?
Hah, ini masalah awak. Bila awak tak ambil ‘booster’ awak akan tersangkut di ‘note’ F6.
Saya harap sangat awak ambil ‘booster’ minggu depan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sudah boleh meneka individu manakah yang diperli Imran menerusi ‘content’ tersebut.
Dalam masa yang sama, ada juga yang menegur Imran tentang adab dan menasihatinya untuk melakukan permohonan maaf secara ikhlas.
Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran Bard pada petang Khamis.
Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Ketika bertemu media, Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.
Kemelut itu juga mendapat perhatian pelakon, Rita Rudaini yang menyifatkan Imran sebagai seorang yang tidak beradab selepas melihat video permohonan maafnya.
Sumber: TikTok