berita

[VIDEO] Selepas Hampir Bertumbuk Di Parlimen, Tajuddin & Ismail Berjabat Tangan, Cium Pipi Tanda Berbaik

November 21st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semalam dunia politik negara ini kecoh dengan pertengkaran membabitkan dua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang bertikam lidah sesama sendiri sehingga mengeluarkan perkataan kurang sopan iaitu bod*h dan banga*g. Pertengkaran itu berlaku di hadapan puluhan media dan pegawai parlimen yang berada di situ.

Bagaimanapun perselisihan yang berlaku di antara ahli parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman itu selesai selepas kedua-duanya dilihat sudah berbaik tidak lama selepas kejadian.

Dah bermesra semula

Menerusi laporan Berita Harian, kedua-dua mereka dilaporkan telah berdamai apabila kedua-duanya saling berjabat tangan ketika menuju ke lobi Parlimen sambil diiringi beberapa ahli parlimen Umno yang lain.

Malah video yang dimuat naik di laman Youtube MalaysiaGazette itu juga menyerlahkan kemesraan mereka apabila dua ahli politik itu saling mencium pipi antara satu sama lain di hadapan puluhan media ketika itu.

Seperti adik-beradik

Tajuddin ketika ditemui media berkata hubungannya bersama Ismail seperti adik-beradik dan kini mereka sudah kembali seperti biasa.

Malah Ismail juga memberitahu pergaduhan antara mereka berlaku hanya disebabkan salah faham dan sudah diselesaikan.

Sudah selesai, salah faham saja. Punca tak ada apa, sudah selesai. Kita selesai dalam keluarga Umno.

Terdahulu, kedua-dua ahli parlimen itu bertengkar sehingga hampir bertumbuk namun ia berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan parlimen.

Sumber: Berita Harian, Youtube MalaysiaGazette

SKIP THIS AD ×