berita

[VIDEO] Selepas Zach King, Video Kreatif Lelaki Ini Dapat Perhatian Will Smith Pula

October 7th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Sebelum ini, video hasil suntingan dari Mohamad Sofian atau lebih dikenali sebagai Sofyank telah mendapat perhatian ramai termasuklah content creator antarabangsa iaitu Zach King. Lebih menarik lagi apabila remaja ini turut diundang ke salah sebuah acara di Indonesia untuk bertemu dengan content creator terkenal ini.

Terbaru, Sofyank sekali lagi bertuah apabila berpeluang untuk bertemu dengan pelakon utama filem Men In Black iaitu Will Smith dan bikin video bersama pelakon antarabangsa itu. Siap Will Smith repost lagi video tersebut di Instagram!

Ramai yang jealous

Will Smith repost!

Zach King pun follow

 

Sofyank menerusi akaun Instagramnya berasa terkejut dan tidak sangka apabila Zach King mengikutinya dan tekan tanda suka pada video-video hasil pembikinannya di Instagram. Dia berterima kasih kepada content creator terkenal itu dan menghargai Zach King dapat melihat kelebihan pada dirinya.

Video hasil Sofyank di Instagram

Ringkas dan menarik

Style habis editing!

Zach King siap reply lagi

Gabungan Zach King dan Sofyank

Sofyank telah banyak menghasilkan video dengan suntingan yang menarik diinspirasikan dari Zach King. Setiap video hasil pembikinan dari kedua content creator ini sudah pastinya akan membuatkan setiap penonton terpegun dan ingin melihat lebih banyak video lagi.

Apa yang paling penting adalah setiap video dari Sofyank ini ada mesej!

Sumber: Sofyank, Zack King, Will Smith

The following two tabs change content below.