Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial ayng memaparkan ‘selipar jepun’ dijual dengan harga yang agak mahal di negara arab.

Artikel Berkaitan: Hembusan Nafas Billie Eilish Ketika Konsert Dijual Dengan Harga RM48K…Memang ‘Rare’!

‘Selipar jepun’ lebih RM5,000

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik di aplikasi X, dapat dilihat seorang jurujual di negara tersebut sedang mempromosikan jualan selipar tersebut sambil menggunakan sarung tangan menandakan betapa tinggi dan mahalnya harga selipar tersebut.

Lebih menarik, selipar yang dijual dengan harga 4,590 Saudi Riyal (RM5,710.93) itu juga didatangkan dengan pelbagai variasi dan warna buat pembeli yang berminat untuk memilikinya.

Hantaran tersebut telah menjadi tular dan mendapat perhatian wargamaya di Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar harga selipar jepun tersebut sambil menyifatkan hanya menggunakan selipar tersebut hanya untuk ke tandas.

Komen netizen

Sumber: Aplikasi X