![[VIDEO] Seluar Ketat Mawar Rashid Cetus Perbualan – ‘Sebagai Wanita, Nak Tengok Pun Malu’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/mawar-rashid-dua.jpg)
Pelakon, Mawar Rashid sekali lagi menjadi bualan selepas tampil mengenakan pakaian mencolok mata ketika menghadiri sebuah acara anjuran Wawa Cosmetics, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Pakai ‘Short Skirt’ Ketika Bersukan, Netizen Doa Agar Kembali Menjaga Aurat – ‘Semoga Diberi Hidayah’
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Makin Cantik Si Mawar, Tak Macam Mak Ada Tiga Anak’
Pakaian seksi

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dilihat sedang beramah mesra dengan rakan seperjuangannya, Fasha Sandha serta melakukan senaman bersama secara beramai-ramai.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilan Mawar yang mengenakan pakaian sukan dengan ketat hingga menampakkan bentuk badannya.
Pakaian Mawar dianggap agak keterlaluan dan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu tunggal serta wanita muslimah.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kurang senang terhadap imej Mawar pada ketika ini yang dikatakan agak seksi.
Tidak hanya itu, netizen turut menyatakan rasa malu dengan penampilan pelakon drama Nikmat Hanya Sesaat itu yang disifatkan kurang sopan dan tidak mencerminkan imej sebagai seorang figura umum.
Sumber: TikTok








