berita

[VIDEO] Seminggu Baru Keluar Penjara, Bekas Banduan Bakar Rumah Mak Sebab Tak Dapat Duit

October 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Akibat berang tidak diberikan wang, seorang bekas banduan yang baru sahaja seminggu keluar dari penjara mengamuk lalu bertindak membakar rumah keluarganya semalam di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, Klang.

Ugut bakar rumah jika ibunya tidak beri wang

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, kejadian berkenaan berlaku pada pukul 3.30 petang selepas si anak dikatakan berjumpa dengan ibunya untuk meminta sejumlah wang, namun gagal. Akibat daripada itu, suspek bertindak mengugut untuk membakar rumah jika ibunya tidak memberikan wang.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan telah berjumpa dengan ibunya tidak jauh dari tempat kejadian bagi meminta wang tetapi gagal.

Suspek telah membuat ugutan kepada ibunya bahawa dia akan membakar rumah sekiranya ibunya tidak memberikan wang sebelum beredar.

Pihak polis telah menerima laporan berhubung kebakaran berkenaan daripada seorang wanita yang berusia 37 yang merupakan anak saudara kepada suspek.

Suspek berjaya ditahan polis

Difahamkan, mangsa yang pada ketika itu berada di tempat kerja bergegas pulang dan mendapati pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran yang berlaku di rumahnya.

Semasa kejadian rumah mangsa tidak berpenghuni kerana keluar bekerja.

Walau bagaimanapun, suspek berjaya ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan mendapati suspek sebenarnya baru seminggu keluar dari penjara atas kesalahan dadah dan kini menganggur.

Siasatan masih dijalankan sama ada wang yang diminta tersebut adalah bagi pembelian dadah.

Video kejadian :

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×