berita

[VIDEO] Sering Terdedah Dengan Pandangan Negatif, Youtuber Dari England Ini Nekad Peluk Islam Selepas..

September 1st, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang Youtuber dari England mengumumkan dirinya memeluk Islam melalui sebuah video yang dimuat naik melalui saluran Youtubenya, Jay Palfrey. Dalam video tersebut, Jay dilihat melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid yang terletak di Turki.

Sering berkunjung negara Islam

https://youtu.be/d-WTKCudfoE

Jejaka ini mengakui dirinya dibesarkan dengan pandangan negatif terhadap agama Islam dan Islam sendiri dilabel sebagai pengganas. Membesar dengan pelbagai cabaran sehingga menjadikan diri berfikiran negatif, dia nekad untuk keluar dari negara kelahirannya itu.

Bermula dari situ, dia sering mengunjungi negara Islam seperti Iraq dan Turki. Dia mula berfikiran terbuka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai agama Islam. Dia yang menyifatkan agama Islam sebagai agama yang damai dan menenangkan jiwa juga mula belajar lebih mendalam mengenai Islam melalui video di laman Youtube.

Ramadhan menjadi tunjak utama

Setelah melafazkan kalimah syahadah di hadapan seorang imam pada Ogos, dia juga berkata bulan Ramadan tahun ini merupakan momen yang paling penting buatnya.

Merasakan dirinya membesar sebagai seorang yang tidak matang secara emosi, mental dan fizikal, dia turut menyatakan segalanya berubah menjadi positif setelah memeluk agama Islam. Dia yang sudah lama ingin membuat keputusan ini bersyukur telah diberi peluang melakukan penghijrahan di Masjid Suleymaniye, Turki.

Sering melawati masjid

Jay yang mengakui dirinya suka mengembara itu sering dilihat berkunjung ke negara-negara Islam. Menyukai Egypt, dia juga sering melawati masjid-masjid yang terletak indah di setiap negara yang dilawatinya.

https://youtu.be/H3kL4YoDqUI

Dia juga sering mengabadikan momen indah melawati masjid-masjid berkenaan melalui laman Youtubenya.

Sumber : Jay Palfrey

SKIP THIS AD ×