berita

[VIDEO] ‘Seronok’ Menyanyi Dengan Wanita Lain Atas Pentas, Isteri Datang Tampar Suami

December 12th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Akibat terlalu leka menyanyi dengan wanita lain di atas pentas, seorang lelaki diserang dan di tampar oleh isterinya yang cemburu.

Berasa cemburu

Menerusi video yang dimuat naik oleh video_medsos di akaun Instagram, kelihatan seorang lelaki yang sedang asyik dan gembira menyanyi di atas pentas sambil berpegangan tangan.

Lebih mengejutkan apabila selepas lelaki itu memeluk bahu wanita tersebut sambil menyanyi, isterinya yang cemburu naik ke atas pentas lalu menampar suaminya dan turut menolak wanita tersebut sebelum dibawa turun oleh seorang petugas di situ.

Suasana menjadi semakin tegang dan muzik secara tiba-tiba berhenti, penonton yang menyaksikan kejadian tersebut bersorak melihatnya. Turut kedengaran wanita berkenaan bertanya tentang siapa si isteri yang datang menyerang mereka di atas pentas dan lelaki terbabit menjawab ‘isteri’.

siapa dia ?

Video tersebut meraih sebanyak 37 ribu tontonan dan mendapat lebih dari seribu tanda suka di Instagram.

Video penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VIDEO_MEDSOS (@video_medsos)

Bukan sepenuhnya salah si isteri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat lelaki berkenaan sepatutnya menjaga perasan isterinya dan tidak sepatutnya melampaui batas. Malah ada juga di antara mereka yang turut meluahkan rasa yang sama jika berada di tempat wanita tersebut.

Sumber: video_medsos

SKIP THIS AD ×