berita

[VIDEO] Setelah Sekian Lama Tidak Jumpa, Pelukan Abang & Adik Bikin Sebak

October 12th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Umum mengetahui, pihak kerajaan telah memberi kebenaran pergerakan rentas negeri bermula 11 Oktober 2021. Berita gembira ini sudah pasti dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingin pulang ke kampung untuk bertemu ahli keluarga setelah sekian lama terpisah.

Pertemuan antara abang dan adik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik  oleh seorang wanita yang dikenali Tina Ozair di TikTok, memaparkan momen begitu menyentuh hati apabila bapanya bertemu dengan pakciknya yang sudah lama tidak berjumpa disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dah lama tak jumpa abang dia. Alhamdulillah.

Difahamkan bapa dan pakciknya itu terpisah jauh kerana seorang berada di Raub, Pahang manakala seorang lagi berapa di Alor Setar, Kedah.

Lebih sebak lagi apabila mereka berdua dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata kerana merindui antara satu sama lain. Dalam pada itu, ahli keluarga yang berada di situ tidak dapat mengawal perasaan dan turut menitiskan air mata apabila melihat momem berkenaan.

Bagai di rodak hati. Sedih masa ni Allah saja tahu. Masa ni abah dah lama tak jumpa abang dia.

Video berdurasi 48 saat itu meraih lebih 330 ribu tontonan dan mendapat lebih 37 ribu tanda suka.

‘Seorang kat Raub, Seorang di Alor Setar’

@tinaozairBagai di rodak hati..Sedih time nie Allah saja tau…Masa nie Abah lama tak jumpa Abg dia. Sorang di raub sorang di alor star ##tiktok ##fyp ##kisahsedih? bunyi asal – ku punya hati

‘Kasih sayang adik beradik’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak apabila melihat kedua-dua mereka saling berpelukan. Malah ada yang mengatakan mereka juga turut menangis ketika melihat video berkenaan.

Sumber : tinaozair

SKIP THIS AD ×