![[VIDEO] Shaheizy Sam Hormat Keputusan Syatilla Perlahankan Langkah Dalam Seni – ‘Dia Suka Berniaga’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/sam.jpg)
Pelakon, Shaheizy Sam menghormati keputusan isterinya, Syatilla Melvin yang memilih untuk memperlahankan langkah dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaheizy Sam Sifatkan Zizie Izette Sebagai Individu Yang Tabah Selepas Pemergian Suami
Artikel Berkaitan: Individu Terharu Kenang Shaheizy Sam Santuni Arwah Bapa Sakit Strok – ‘Dia Terus Bangun Datang Dekat Meja & Bergambar’
Berehat
Ketika ditemui OhBulan!, Shaheizy Sam Abdul Samad berkata, dia melihat isterinya lebih cenderung untuk menceburi bidang perniagaan kerana ia merupakan minatnya, selain membolehkannya meluangkan lebih banyak masa menyaksikan anak-anak membesar di depan mata.
Saya rasa mungkin dia tidak rasa seronok macam saya rasa apabila berlakon sebab saya memang minat.
Mungkin ketika dahulu dia berlakon sebab nak kukuhkan keadaan kewangan diri dan sebagainya.
Tetapi diri dia yang saya kenal, saya tahu dia suka berniaga dan rasa seronok luangkan masa dengan keluarga.
Menurut Shaheizy, keputusan Syatilla untuk tidak lagi aktif berlakon juga dilihat lebih sesuai kerana dia dapat memberi tumpuan kepada keluarga.
Katanya, jika isterinya terus aktif dalam bidang tersebut, mungkin agak sukar buat Syatilla membahagikan masa untuk bersama anak-anak.
Kalau dia berlakon mungkin dia tidak akan dapat semua ini.
Dia takkan mampu untuk berlakon kemudian lakukan siaran langsung untuk berniaga dan luangkan masa dengan anak-anak.
Jadi sebenarnya, keputusan itu dia sendiri yang pilih.
Malah, Sam tidak menafikan keputusan Syatilla itu sedikit sebanyak memudahkannya kerana dia lebih selesa jika anak-anak dijaga sendiri oleh mereka.
Sudah tentu. Kalau bukan ibu bapa, siapa lagi yang akan tengok-tengokan anak-anak kita sendiri.
Kadang-kadang risau nak lepaskan anak-anak di bawah jagaan orang lain. Ada yang boleh jaga tetapi tidak sama seperti ibu bapa yang jaga.
Sedikit sebanyak, keputusan dia juga memudahkan saya.
Sebelum ini, Syatilla mengakui belum sedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan kerana mahu memberikan perhatian kepada tiga anak-anaknya yang semakin membesar.