![[VIDEO] Shahida Dedah Kisah Awal Perkenalan, Aliff Syukri Letak Bajet Makan RM5 – ‘Saya Sabar Sebab Dia Handsome’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/aliff-syukr.jpg)
Usahawan, Datin Seri Nur Shahida berkongsi momen mencuit hati mengenai awal perkenalan bersama suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Papa Mengamuk, Jangan Pegang Anak Perempuan Aku’ – Shahida Kongsi Insiden Raudhah Bergurau Dengan Pengurus Lelaki
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Sebak Kongsi Kisah ‘Broken Family’ Suami, Aliff Syukri Pesan – ‘Gaduh Macam Mana Pun Jangan Cerai’
Awal perkenalan
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Shahida mendedahkan kerenah Aliff yang meletakkan jumlah bajet makan ketika dalam fasa mengenali hati budi.
Menurut Shahida, jumlah yang ditetapkan adalah sebanyak RM5 untuk nasi berlauk serta bekalan air dibawa dari rumah.
Masa berkenalan dia dah bagi bajet RM5 untuk makan.
Lepas itu, bawa air dari rumah.
Tapi masa itu, saya sabar sebab rupa kacak.
Saya fikir nanti dapat anak cantik.
Dalam pada itu, Shahida sempat memaklumkan ciri-ciri lelaki idamannya yang merupakan seorang lelaki berkulit cerah.
Kalau muka dia ke laut (tak kacak) dah lama saya tinggal.
Saya memang suka lelaki berkulit cerah.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kisah yang dikongsikan Shahida.
Selain itu, ramai turut menyifatkan Shahida sebagai seorang yang beruntung hasil kesabaran melayani kerenah Aliff.
Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al‑Hakim.
Sumber: TikTok @dherbs_hq








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)