![[VIDEO] Shahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Aliff Syukri Secara Sederhana, Siap Pesan – ‘Dah Tua Perangai Elok Sikit’](https://media.ohbulan.com/2025/04/birthday-aliff.jpg)

Usahawan terkenal, Datin Shahida berkongsi video mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran buat suami tercinta, Datuk Aliff Syukri secara sederhana.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Pegang Pendirian, Jaga Aib Keluarga Di Media Sosial
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Suami Bonda Rozita Buka Puasa Bersama Keluarga Aliff Syukri, Netizen Puji Masih Kekal Ukhuwah – ‘Mesti Dia Seorang Ayah & Datuk Tiri Yang Baik’
Sambutan yang simple

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nur Shahida Mohd. Rashid berkata meskipun sambutan itu dilakukan secara ringkas namun ia sangat bermakna baginya.
Kita buat sambutan kecil-kecilan sahaja untuk hari lahir Aliff dan anak bongsu saya, Luqman Al-Haqeem.
Walaupun tak buat besar-besaran tapi bagi saya sangat bermakna.
Sebab semua anak-anak ada berkumpul sekali.
Difahamkan, majlis sambutan itu diadakan ketika Aidilfitri dan dilakukan untuk menghargai jasa Aliff serta anak-anaknya.
Dalam kesempatan itu, Shahida turut menitipkan pesanan agar suaminya menunjukkan kelakukan yang baik kerana usia menghampiri 40 tahun.
Selamat hari jadi yang ke-38 ya Papa laris. Dah tua perangai kena elok-elok sikit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meninggalkan komen meluahkan rasa gembira melihat keluarga kecil itu.
Segelintir mereka turut menyatakan walaupun majlis dilakukan secara sederhana namun momen bersama yang paling berharga.
Komen netizen

Sumber: Instagram








