Pelawak Shahrol Shiro, berkesempatan melawat keluarga kanak-kanak yang cedera parah akibat digigit anjing liar baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Shiro Tegur Lawak ‘Body Shaming’ Harith Iskander – ‘Awak Legend, Minta Maaf Malu‘

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Beri Taklimat Pada Shahrol Shiro, Seloroh Siap Pantau Live Location – ‘Supaya Cikgu Tak Call Anak Salah Sekolah’

Lawat keluarga mangsa

Menerusi hantaran di Threads, Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi mengunjungi keluarga kanak-kanak itu di kediaman mereka.

Melawat keluarga adik Haira berusia 2 tahun yang kritikal diserang 5 ekor anjing liar di Peserai Batu Pahat.

Paling menyayat hati adalah apabila abang mangsa yang dilihat tidak dapat menahan air mata berikutan trauma selepas kejadian tersebut.

Wajah kesedihan jelas kelihatan dan lebih trauma abang sulung mangsa, Hanif yang melihat kejadian di hadapan mata.

Menurut Hanif, dia menyaksikan adik perempuannya itu dalam keadaan berdarah selepas digigit anjing.

Saya nampak depan mata saya sendiri, darah-darah.

Dalam pada itu, Shahrol dan pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) turut berusaha bersama-sama mencari anjing liar tersebut.

Dapat juga bersama team MPBP operasi menangkap anjing liar tersebut tetapi tadi berjaya jumpa sarang anaknya dan operasi akan diteruskan.

Semoga adik Haira diberi kesihatan yang kembali pulih dan diberi juga ketabahan buat keluarga menghadapi ujian ini.

Terdahulu, media melaporkan Haira yang berusia dua tahun parah diserang lima ekor anjing liar ketika berada di hadapan rumahnya.

Haira ditemukan dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan kecederaan di kepala dan muka selepas diserang haiwan itu.

Sumber: Threads