![[VIDEO] Shahrol Shiro Tegur Lawak ‘Body Shaming’ Harith Iskander – ‘Awak Legend, Minta Maaf Malu‘](https://asset.ohbulan.com/2026/02/shiro-1.jpg)
Pelawak, Shahrol Shiro tampil memberi teguran kepada pelawak, Harith Iskander yang didakwa melakukan persembahan komedi membabitkan sindiran terhadap fizikal orang lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Beri Taklimat Pada Shahrol Shiro, Seloroh Siap Pantau Live Location – ‘Supaya Cikgu Tak Call Anak Salah Sekolah’
Artikel Berkaitan: Shahrol Shiro Kongsi Momen Lucu Teman Isteri Ke Mahkamah Sebab ‘Roadtax’ Mati- ‘Buat Pertama Kalinya Dia Mengaku Bersalah’
Komedi lama
Menerusi perkongsian di Threads, Shahrolmenyuarakan rasa kecewa apabila Harith, sebagai pelawak senior masih menggunakan punchline lama untuk mengundang ketawa orang ramai.
Tegas Shahriol, lawak berunsur body shaming tidak wajar dinormalisasikan dalam industri komedi.
Awak tu tahap legend comedian dekat Malaysia tapi takkanlah beat punchline yang awak buat dekat Malaysia masih beat lama? Minta maaf malu.
Menurut keyakinan saya, beat itu lebih kepada membahan fizikal ataupun body shaming. Dia disamakan dengan hantu dan syaitan yang menyeramkan.
Komedi itu adalah lurus lurus dan patah. Patahan daripada komedi itu adalah Datin Seri Rosmah.
Saya tegaskan dekat sini, walaupun bukan Datin Seri Rosmah sekalipun saya akan bersuara tentang bab ini kerana ia adalah tentang lawak bodyshaming yang tidak patut.
Menurut Shahrol, Harith sepatutnya menggunakan jenaka lain yang lebih sesuai dengan kehendak penonton pada masa kini.
Kenapa awak guna beat standup komedi seperti itu? Awak boleh saja cari beat komedi yang lain.
Dulu kami peserta Maharaja Lawak Mega kalau boleh nak elak pasal isu bodyshaming termasuk Mamat Putih nak bahan dia pasal tinted itu pun tak sampai hati sebab saya rasa trend komedi sekarang bukan seperti itu.
Dalam masa yang sama, Shahrol berharap Harith dapat mencipta lawak komedi yang membawa nafas baharu untuk generasi akan datang.
Saya minta maaf kalau ada silap dan salah. Saya tidak mahu bergaduh lagi dengan awak dan saya hormat awak sebagai pelawak senior dekat Malaysia.
Carilah komedi yang lebih membina dan membangun selain boleh memberi manfaat kepada generasi hari ini.
Sebelum ini, Harith dilihat melakukan persembahan komedi yang menampilkan ‘hantu paling seram di Malaysia’ yang kemudiannya disusuli dengan sindiran berkaitan fizikal terhadap Datin Seri Rosmah.
Sumber: Threads