Pempengaruh dan usahawan, Shaniena Natasya mengakui termakan daging babi ketika bercuti di Amsterdam, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaniena Natasya Nafi Suami Cuci Duit – ‘Sejahil-Jahil Kami, Masih Tahu Nak Cari Rezeki Halal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Hadiahkan Shaniena Natasha Penerbangan ‘Business Class’ Sempena Hari Jadi – ‘Dia Tak Nak Saya Sakit Belakang’
Shaniena termakan daging babi
@ohbulanofficial Pempengaruh dan usahawan, Shaniena Natasya mengakui termakan daging babi ketika bercuti di Amsterdam, baru-baru ini. #ohbulan #fyp #news #shanienanatasyaa #termakan #babi ? original sound – OHBULAN!
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shaniena atau lebih mesra dengan panggilan Niena berkata kejadian itu berlaku ketika dia menjamu selera di sebuah hotel sementara menunggu waktu ‘check in’.
Aku baru makan makan sekali je sosej tu, tapi masa tu dah rasa lain. Lepas tu, aku suruh Alia (pembantu peribadi) tanya dekat pelayan tu, betul memang sosej tu ada daging babi.
Aku rasa nak termuntah, tak lalu.
Bercerita dengan lebih lanjut, Niena berkata, sebelum ini pembantu peribadinya itu akan memastikan dahulu makanan yang dipesannya bebas kandungan babi sebelum menjamah.
Selalu makanan yang Alia pesan tu saya percaya je dia sebelum ni memang dia akan tanya dulu dekat kedai sama ada makanan yang dia pesan tu ada kandungan babi ke tidak. Ini tak tahu macam mana, boleh tersalah pesan.
Selepas mengetahui restoran tersebut menghidangkan daging babi, Niena dan Alia tidak lagi meneruskan menjamu selera sebaliknya mereka membuat pesanan makanan dari kedai makan halal.
Terdahulu, Shaniena yang beragama Budha mendedahkan telah memeluk agama Islam.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.
Sumber: TikTok