Pelakon Sharifah Sofia kini menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah pusat menyelam (dive centre) yang menawarkan pelbagai aktiviti dan kelas berkaitan sukan air.

Dah 20 tahun bergelar ‘diver’

@koocesterbusiness

How many people wants to learn diving?🙋🏻‍♂️ She runs a dive centre and here is what you don’t know about diving! #entrepreneurship #diving #koocester

♬ original sound – Koocester Business – Koocester Business

Menerusi video di TikTok Koocester Business, pusat selaman yang diusahakan Sofia atau nama lengkapnya Sharifah Sofia Syed Hussein, 40, iaitu Urban City Divers di Kuala Lumpur menawarkan pelbagai khidmat antaranya kelas skuba, mermaid, kelas menyelam serta renang. 

Malah fasiliti itu turut dilengkapi empat buah kolam dengan kedalaman antara 1.2 meter hingga 3 meter bagi memenuhi keperluan latihan pada tahap berbeza.

Mengulas mengenai penglibatan dalam bidang tersebut, Sofia menjelaskan minatnya terhadap aktiviti menyelam sudah bermula sejak dua dekad lalu.

Saya sudah menjadi penyelam selama lebih 20 tahun. Kemudian peluang (perniagan) tu datang dan saya ambil.

Tambahnya, sebelum terjun ke bidang perniagaan ini, dia pernah bekerja dalam sektor korporat kira-kira tiga tahun selain bergelar seorang pelakon sejak usia 15 tahun.

Menerusi tinjauan OhBulan, Urban City Divers yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur itu ditubuhkan sejak tahun lalu.

Sumber: TikTok Koocester Business